Fungsi Link Rotator adalah untuk agihkan traffic @ clickers.
Dalam kes penggunaan link ke Whatsapp, ia boleh digunakan untuk agihkan leads yang masuk @ click link.
Kalau anda nak buat Link Rotator ke WhatsApp, pastikan anda buat dulu Link WhatsApp menggunakan KlikSini.my, dan gunakan link tersebut dalam Link Rotator.
Rujuk video di link ini untuk cara buat link WhatsApp guna KlikSini.my
Cara Setup Link Rotator Dalam KlikSini.my #
Langkah #1 – Pilih Opsyen “Rotator” #
Klik pada pilihan “Rotator” di sebelah bawah kanan dan anda akan lihat paparan seperti di atas.
Langkah #2 – Masukkan Link #
Masukkan link-link yang anda nak sistem auto-agih atau auto-rotate.
Format link adalah seperti di bawah.
Kalau ada 2 link dan anda nak bahagi traffic sama rata:
link#1|50
link#2|50
Kalau ada 3 link dan nak bahagi sama rata:
link#1|30
link#2|30
link#3|30
“50” dan “30” dalam contoh di atas adalah pemberat ataupun “weightage”.
Kalau semua pemberat sama, sistem akan cuba bahagi sama rata.
Kalau pemberat berbeza, yang lebih tinggi nilainya akan diberi keutamaan.
Nilai setiap pemberat, maksimum adalah 100. Jumlah kesemua pemberat juga maksimum adalah 100.
Langkah #3 – Masukkan Custom Alias #
Masukkan “Custom Alias” yang anda nak guna untuk link anda.
Ia adalah text di bahagian belakang link anda –> kliksini.my/IniCustomAlias
Langkah #4 – Masukkan Pixel (jika ada) #
Kalau anda nak kumpul semua orang yang klik link anda dalam Website Custom Audience untuk Facebook Ads, pilih Pixel anda di sini.
Anda perlu setup dulu Pixel anda di bahagian “Tracking Pixel” dengan merujuk video di link ini.
Bila dah ada Website Custom Audience, anda boleh guna audience tersebut untuk buat iklan jenis Retargeting (papar iklan pada orang yang dah klik link KlikSini.my anda)
Langkah #5 – Klik Butang Shorten #
Bila semua dah siap, klik butang “Shorten” untuk bina Link Rotator anda.
Anda anda dapat paparan seperti di bawah kalau link tersebut berjaya dibina.
Cara Lihat, Urus & Ubah Link Rotator #
Link Rotator yang dah dibuat boleh diuruskan di bahagian “Rotator Link” seperti dalam gambar di bawah.
Anda boleh tambah, buang atau edit link-link tersebut mengikut kesesuaian.
Link WhatsApp Dalam Rotator #
Kalau anda nak buat Link Rotator untuk redirect ke WhatsApp, seeloknya guna official Click to Chat WhatsApp linksupaya lebih cepat proses redirect.
Format link official WhatsApps adalah seperti di bawah:
https://wa.me/NomborTelefon?text=PrefillText
Prefill Text tersebut menggunakan format “URL Encode” di mana perlu ada %20 di antara setiap perkataan bagi menggantikan jarak kosong.
Contohnya begini:
https://wa.me/60125153307?text=Ini%20Demo%20Kliksini.my|50
https://wa.me/60123456789?text=Ini%20Demo%20Kliksini.my|50
https://wa.me/60125151234?text=Ini%20Demo%20Kliksini.my|50
Ada Soalan Tentang Link Rotator? #
Boleh tanya dalam Telegram Group khas Kliksini.my.